Friday, June 20, 2008

SUKANEKA KAFA SAIDINA UMAR

Kafa Saidina Umar, Taman Pinggiran Senawang akan mengadakan aktiviti tahunannya iaitu Sukaneka bertempat di Padang Bola , Taman Pinggiran Senawang pada 5 Julai 2008, jam 8.30 pagi.

Seramai 160 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 1,2,3,4 dan 5 akan mengambil bahagian, mereka ini akan dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan, iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.

Sejumlah 10 acara akan dipertandingkan di mana 7 acara dikhaskan kepada pelajar KAFA dan 3 acara lagi untuk Guru-guru dan ibubapa.

Sukaneka ini akan dirasmikan pembukaannya oleh Pengerusi Kafa Saidina Umar, En Mohd Mizan bin Mohd Noor yang juga Pengerusi Persatuan Kejiranan Adelia (Peka), manakala penutupannya akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam, Negeri Sembilan, Ustaz Mansor.

Bagi memeriahkan lagi perjalanan sukaneka ini, semua ibubapa dan penduduk sekitarnya dijemput hadir.

Jangan lupa tarikhnya adalah 5 Julai 2008, jam 8.30 pagi.

"SELAMAT BERTANDING"

No comments: