Wednesday, May 28, 2008

AKTIVITI-AKTIVITI PEKA BULAN JUN

Antara aktiviti bagi bulan jun adalah seperti berikut :-

a. Projek Gotong Royong seluruh kawasan adelia.

Semua penduduk adelia dikehendaki hadir pada majlis tersebut pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 8 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul : Rumah No 93 Jalan 5/14 (Rumah Pengerusi)
Sila bawa bersama-sama peralatan seperti cangkul,bangkis dan keperluan lain

Tujuan :-
Untuk membersihkan longkang bagi mengelakkan nyamuk membiak (kawal denggi)
Projek gotong royong ini akan disertai juga oleh Pasukan Majlis Perbandaran Nilai dan
Bomba dan Penyelamat kawasan Senawang.

Marilah kita bersama-sama membersihkan kawasan kita, Persekitaran yang bersih membawa
kehidupan yang selesa, jangan hanya melihat orang lain buat kerja, sedangkan kita melihat
sahaja.

Jangan berkokok diluar, kononnya Persatuan tak buat apa-apa. Tepuk dada tanya selera.

"JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"

2. PERASMIAN KAFA SAIDINA UMAR

Tentative : 28 Jun 2008
Tempat : Halaman Kafa Saidina Umar
VVIP : En Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau

Bagi maksud di atas, semua ahli ADELIA diminta hadir ke perasmian tersebut.

Satu aktiviti membersih dan mengecat semula kafa akan di adakan pada 22.06.2008.

Aktiviti ini melibatkan semua ibubapa dan pelajar serta penghuni ADELIA.

Makan dan minum akan disediakan.